KONSEP PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN
1.0 Pengenalan
Profesionalisme
keguruan merangkumi pembangunan berterusan bagi memastikan guru sentiasa
meningkatkan kemahiran, pengetahuan, dan kepimpinan dalam pendidikan.
Berdasarkan tugasan ini, pembangunan profesionalisme guru melibatkan peringkat
pertumbuhan dari novis (DG41) hingga kepimpinan strategik (Gred Khas C) dengan
memberi penekanan kepada inovasi, refleksi, dan kolaborasi dalam meningkatkan
kualiti pengajaran. Melalui platform blog, guru dapat menyusun pelan kerjaya
secara sistematik, mengaplikasikan elemen Kapasiti Pedagogi
Pembelajaran Bermakna (KPPB), serta menyumbang kepada sistem pendidikan
negara secara lebih holistik dan efektif.

2.0 PERINGKAT PERMULAAN (DG41)
Pelan DG41 ini menggambarkan peringkat novis dalam profesion keguruan, di mana guru baru membina kemahiran asas dalam pedagogi, penilaian, dan pembangunan profesional. Mereka mendapat bimbingan daripada guru berpengalaman serta menyusun pengajaran yang lebih berkesan. Penilaian Kendiri Sekolah (PKS) digunakan untuk menilai kemajuan murid dan memberikan maklum balas yang sesuai. Selain itu, guru digalakkan menyertai kursus dan bengkel bagi meningkatkan kompetensi profesional. Akhirnya, melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana menjadi langkah penting untuk mencapai gred lebih tinggi dalam kerjaya.
3.0 Peringkat Beraspirasi (DG44)
Pelan DG44 ini menunjukkan peringkat berasiprasi, di mana guru berada dalam fasa novis lanjutan dengan menekankan peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Guru mula mengaplikasikan strategi inovatif seperti penggunaan teknologi serta menghadiri latihan profesional untuk meningkatkan PdP. Selain itu, mereka terlibat dalam kajian dan penyelidikan bagi memperkukuh keberkesanan pengajaran. Pemantauan prestasi murid berdasarkan SGM 2.0 serta pelaksanaan Pembelajaran Terbeza menjadi keutamaan dalam memenuhi keperluan pelajar. Guru juga bersedia untuk menaiki tangga kepimpinan, seperti menjadi Setiausaha Kurikulum atau Penolong Kanan, dalam usaha mencapai tahap lebih tinggi.
4.0 PERINGKAT KOMPETEN (DG52)
Pada peringkat kompeten (DG48), guru berperanan sebagai pemimpin dalam bimbingan profesional dan pembangunan pendidikan. Mereka bertindak sebagai mentor kepada guru baharu, memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran dipertingkatkan melalui SKPMG2. Selain itu, mereka memperluas jaringan profesional dengan pihak luar seperti PPD, JPN, dan universiti untuk kolaborasi dalam pendidikan. Guru pada tahap ini juga menjadi pakar rujukan dalam bidang tertentu, seperti Jurulatih Utama (JU) serta menyumbang dalam penyelidikan dan inovasi pendidikan. Untuk meningkatkan kepakaran, mereka berusaha melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD, menyertai seminar global, dan terlibat dalam kajian bertaraf antarabangsa.
5.0 PERINGKAT PROFISIEN (DG52)
Pada peringkat profisien (DG52), guru memainkan peranan yang lebih besar dalam kepimpinan dan polisi pendidikan. Mereka menjadi pakar rujukan dalam bidang pendidikan, berkongsi kepakaran melalui penulisan dan penyelidikan. Selain itu, mereka terlibat dalam panel perundingan kurikulum dan dasar pendidikan, membantu dalam penetapan standard pendidikan negara. Guru pada tahap ini juga meluaskan jaringan profesional dan kolaborasi antarabangsa dengan menyertai program pertukaran pendidikan. Mereka turut menyumbang dalam penggubalan buku teks dan modul pendidikan, serta menjadi moderator soalan peperiksaan di Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk memastikan kualiti penilaian pelajar terjaga.
6.0 PERINGKAT STRATEGIS (DG54)
Pada peringkat strategis (DG54), guru berperanan sebagai pemimpin tertinggi dalam bidang pendidikan, seperti Guru Besar Cemerlang atau Pengetua Cemerlang. Mereka memastikan amalan Professional Learning Community (PLC) diterapkan untuk meningkatkan kualiti pengajaran. Selain itu, mereka terlibat secara langsung dalam perundingan polisi pendidikan dengan menyumbang kepada penyelarasan dasar dan inovasi pedagogi. Di peringkat antarabangsa, mereka mengukuhkan jaringan profesional dengan menghadiri konferensi global serta menjalin kerjasama dengan institusi luar negara. Peranan mereka juga melibatkan penghasilan cadangan dan kertas kerja bagi penambahbaikan sistem pendidikan negara.
7.0 PERINGKAT BERWAWASAN (GRED KHAS C)
Pada peringkat berwawasan (Gred Khas C), individu berada dalam kelompok kepimpinan elit pendidikan dengan peranan strategik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Mereka menjadi pakar rujuk dan wakil Malaysia dalam forum pendidikan global serta membimbing pemimpin sekolah di peringkat kebangsaan. Selain itu, mereka memimpin projek transformasi pendidikan berskala besar, termasuk inovasi teknologi untuk meningkatkan keberkesanan pendidikan. Mereka juga bekerjasama dengan universiti dan institusi penyelidikan bagi memastikan dasar pendidikan berpandukan bukti saintifik. Dengan kepakaran ini, mereka berperanan dalam penggubalan dasar pendidikan negara untuk memastikan sistem pendidikan terus maju dan relevan.
8.0 RUMUSAN
Tugasan
ini bertujuan untuk membangunkan blog sebagai platform bagi guru merancang
pembangunan profesional mereka dan laluan kerjaya berdasarkan standard guru
berkualiti dan ia melibatkan aplikasi elemen Kapasiti Pedagogi Pembelajaran
Bermakna (KPPB) seperti pemikiran kritis, kreativiti, serta relevansi dengan
dunia sebenar. Saya dapat menghasilkan blog yang dapat menyusun pelan kerjaya saya
dengan berpandukan kriteria tertentu, termasuk perkembangan guru serta standard
yang ditetapkan. Dengan pendekatan ini, guru dapat meningkatkan kemahiran
profesional mereka secara lebih tersusun dan reflektif. Saya dapat merancang
hala tuju perkembangan mereka dengan lebih jelas, termasuk matlamat kerjaya
berdasarkan peringkat perkembangan guru. Melalui blog, guru dapat merekod
pengalaman, menganalisis pencapaian, serta mengenal pasti aspek yang perlu
diperbaiki dalam profesion saya.